Hala tujuku


Rasa keliru dengan hala tuju serta perancangan kerjaya dalam hidup aku. Antara minat dan kelulusan (kelayakan) yang dimiliki.

Orang kata kalau kita tak dapat apa yang kita suka, kita kena suka apa yang kita ada sekarang.

Sekarang ni aku seronok dengan web-based project. Walaupun masih baru, rasa teruja untuk explore dan terus mencuba. Andai ditakdirkan aku bertukar bidang @ kerjaya suatu hari nanti,insya Allah tidak sekali-kali aku nak biarkan ia hilang begitu saja

Posted with WordPress for BlackBerry.

Hadirlah…


Ramai orang mengimpikannya
Ramai orang inginkannya
Ramai juga yang ternanti-nanti kehadirannya

Adakala kau diuji dengannya
Adakala kau rasa damai sentiasa
Dibuai rindu andai berjauhan darinya
Akan hadirkah dia?!

Usah kau terlalu berharap
Usah pula terlalu pasrah
Kau bisa berusaha dan berdoa
Tawakkal dan berserah saja pada Yang Esa…

Posted with WordPress for BlackBerry.

Yang berkat…


Alhamdulillah, hari ni hari Jumaat. Bagi yang bekerja pastinya rasa seronok bila tibanya hari ni. Kita ada 2 hari untuk rehat; Sabtu dan Ahad. Apa perancangan korang hujung minggu ni?

Aku ada lagi 2 paper yang perlu dihadapi. Pagi ahad dan pagi Isnin. Semestinya weekend ni nak pulun habis-habisan untuk baca buku! Hohoho…

Ha.. Jangan lupa luangkan masa untuk membawa family dan diri sendiri; rehatkan minda ye. Korang akan lebih ceria bila nak bekerja Isnin nanti.

Akhir kata, selamat berhujung minggu!

Posted with WordPress for BlackBerry.

Cuti-Cuti Malaysia


Alhamdulillah, blogpost pertama aku dengan BB ni. Semoga semuanya dipermudahkan lagi selepas ni insyaallah.

Awal-awal tahun ni memang tersangat la bz. Macam-macam plan dibuat. Projek-projek yang pending last year akan diusahakan sehabis tenagaku untuk diselesaikan pertengahan tahun ni. Itu sasaran peribadiku 😉

Bulan ni memang aku bercuti panjang. Bermula dengan cuti Hari Wilayah. Hari ni baru aku masuk office balik. Lamanya cuti, kan? Rindu giler dengan keje-keje office ni.

Sekarang ni musim exam. Insya Allah sem yang terakhir. Fuh! Sangat mencabar beb! Nanti aku story lagi.

Exam aku habis 14 Feb ni. Abis exam je aku akan terus ke bercuti! Yahooo! Release tension la katakan. Lokasi pilihan Port Dickson je. Nak join? Marilah…

C u ha…

It’s the Xpax Everyone Grand Sale! Get your new phones today!


The EVERYONE SALE is here and it’s gonna be the BIGGEST SALE of the year! We’ve got awesome offers for EVERYONE! Xpax is launching this sale at a perfect time to start off the brand new year!
It’s the best time for people to go out shopping for new phones and gadgets, at AWESOME DISCOUNTS! You shoppers out there won’t wanna miss out on this!

Grab now!

Kepuasan Kerja, Penilaian dan Ganjaran


AZAM TAHUN BARU

Tahun baru, mesti ada azam baru. Ia semacam lumrah. Macam adat pulak. Asal tahun baru je orang mesti sibuk tanya pasal azam. Bukan tak bagus menanam azam tapi yang last year punya azam tu dah tercapai ke belum? Ataupun carry forward ke tahun ini?!

Bagi saya, azam kali ni nak tumpu kepada kerjaya walaupun bakal menamatkan pengajian pertengahan tahun ni juga, Insya Allah. Bila buat review azam-azam yang pernah saya buat sebelum ini, urusan kerja tidak termasuk dalam azam saya.

Continue reading

Cerita Hati


Semalam yang telah pergi
Menghilang tanpa jejak
Membawa bersama cereka
Duka dan ketawa

Dan kini ku mencari
Kalau masih ada kesan
Yang terus tersisa di dada
Pantai permainan

Jalanan yang panjang
Bersimpang haluan
Bagai pentas luahan rasa
Tiada sempadan

Pada awan biru ku melakar kata-kata
Pada langit cerah ku panah semua cerita
Dengarlah mentari suara hatiku menyanyi
Bertebangan jiwa merentasi pelangi

Gerimis menitis gugur membasahi bumi
Bagai menangisi sebuah cerita hati
Andai kau fahami semua hikayat pendeta
Seribu tahun kau pasti bisa setia ke alam syurga

Mungkin ada esok
tuk ku ukirkan kalimah
Menjadi arca pembuktian
Pengabdian cinta

Dinar – Emas, Dirham – Perak


Pada zaman Rasulullah SAW harga seekor kambing adalah sebanyak 1 dinar dan pada masa sekarang iaitu selepasa 1400 tahun lamanya harga seekor kambing juga adalah 1 dinar. Nampak bukan kehebatan emas ini.

“Abu Bakar Ibn Maryam melaporkan bahawa beliau mendengar Rasulullah SAW telah bersabda “Akan tiba suatu zaman di mana tiada apa yang bernilai dan boleh digunakan oleh umat Islam. Maka simpanlah dinar dan dirham.” musnad IMAM AHMAD IBN HANBAL

 

Dinar and Dirham

Abu Bakr ibn Abi Maryam reported that he heard the Messenger of Allah, may Allah bless him and grant him peace, say: “A time is certainly coming over mankind in which there will be nothing [left] which will be of use save a dinar and a dirham.”  (The Musnad of Imam Ahmad ibn Hanbal)

Gold and silver are the most stable currency the world has ever seen.Protect your wealth by buying gold and silver.

Zero inflation in 1,400 years

A chicken at the time of the Prophet, salla’llahu alaihi wa sallam, cost one dirham; today, 1,400 years later, a chicken costs approximately one dirham.

Peluang terbaik ni. Bagi dah tahu berkenaan hal ini, dah berapa keping dinar yang anda miliki?

Kalau yang belum tahu tentang info ni, tak rasa nak ambil tahu ke? Sekadar berkongi sedikit maklumat yang diberikan oleh sahabat saya.

The Chosen One – Maher Zain


Suka tengok video ni expecially selepas Ustaz Pahrol explain mesej yang cuba di sampaikan oleh video ini.

Mari kita hayati bersama, moga-moga memberi manfaat.

Sulaiman Dawi: Si Penjual Cendol


Bila sebut subjek Sejarah, rasanya boleh kira berapa orang saja yang minat matapelajaran tersebut. Aku pun memang tak minat langsung subjek sejarah ni. Memang tak nafikan kita tak patut tak minat subjek Sejarah. Bukan ke dengan mengetahui Sejarah, kita akan lebih menghargai? Yang penting, aku bukan totally tak suka, aku tetap layan je baca and follow sejarah cuma tak  menguasainya sepertimana aku menguasai subjek-subjek lain.

Hari ni korang baca berita? Aku cuma sempat tengok online je. Jual cendol sambil bercerita yang dilaporkan oleh Berita Perhatian menarik minat aku sebab bila baca tajuk je pun aku dah tahu apa yang dia nak cerita. Ni mesti pasal Pakcik Sulaiman Dawi, si penjual cendol yang ‘pakar’ Sejarah!

Continue reading