Category Archives: Umum

Ipad mini aku


Assalamualaikum dan salam sejahtera.

Gadget oh gajet. Ejaan guna yang mana satu pun tak pe. Aku adalah salah seorang yang meminati gadget ni. Cuma tak de la sampai tahap gila gajet.

Buat masa ni, aku menggunakan Nexus 4 (android 4.4.4 menggunakan slim rom). And another one is my luvlee ipad mini! Hidup rasa macam dah cukup lengkap bila dah ada kedua-dua peranti ni (oh.. Agak skema di situ, macam pelik sebut peranti).

Continue reading

Teruskan langkah ku


image

Lama menyepi tak bermakna sembunyikan diri. Tapi sibuk untuk bahagikan masa antara belajar, kerja & keluarga. Serius!!! Mencabar betul bila kerja sambil belajar ni. Teringat masa kerja di Open University dulu. Every week kena turun padang cari student area Perlis. Bukan senang nak convince potential prospect huhuhu.. Nak influence orang kerja sambil belajar.

Continue reading

Off to Bangi


20130312-073530.jpg

بسم الله الرحمن الرحيم

Hari ni hari ke2 aku berkursus di Danau Golf, UKM, Bangi. Bukan kursus main golf ye. Penganjur guna venue ni saja. Actually, aku mengikuti kursus Yii: Best PHP Framework. Pe mende la pulak Yii ni kan? Bukan yis tau. Kalau group2 PHP programmer mungkin ada yang familiar dengan framework ni.

Setakat ni, aku rasa puas hati bila dah berkenalan dengan Framework ni. Bagi aku memang ianya best. Sesuai untuk orang macam aku yang tak tahu pasal Object-oriented- programming. So, sangat- sangat recommend kalau ada yang berminat nak belajar.

Terima kasih kepada Team Pengurusan aku sebab izinkan aku pi kursus no. Inshaa Allah banyak perancangan projek yang aku akan usaha untuk selesaikan tahun ni. Kalau ada sifu-sifu di luar sana yang biasa dengan framework ni, boleh la kita share knowledge.

Sedikit sebanyak tentang YII yang aku belajar semalam. YII ni ada adalah PHP framework. Andai kita biasa dengan PHP programming, memang ia bagi added value la bila kita gunakan framework ni. Ia membantu kita develop system @ application dengan lebih cepat. Instead of using structured programming, kita kena lebih teliti & perlu banyak main-main coding. Except you all memang berminat nak main coding, kan?

Apa yang paling menarik tentang framework ni, kita perlu design database kita dengan betul terlebih dahulu setelah kita kenalpasti skop system kita. Then, YII akan bantu memudahkan kita untuk menyediakan CRUD (Create, Read, Update, Delete) record. Sangat2 menjimatkan masa sebab basic validation pun dia dah sediakan.

Ok la, sedikit info tentang YII. Mudah-mudahan dapat beri sedikit gambaran buat PHP Programmer

Konvo @ UUM


Hari ini melakar satu lagi sejarah dalam hidupku kerana aku bergelar graduan di Universiti Utara Malaysia. Pastinya detik ni adalah detik yang paling tidak dapat ku lupakan! Walaupun aku tidak dapat mengikuti Majlis tersebut, bagiku ia cukup memadai.

Continue reading

Penantian


Penantian itu satu penyeksaan. Bagiku, apa sahaja perkara yang memerlukan aku menunggu lama tu, memang ianya amat menyeksakan. Terkenang kembali saat belajar part-time di UUM dulu. Semester berganti semester terasa masa berlalu pantas. Namun, apabila menanti keputusan senarai Konvokesyen, memang seksa!

Sabar.. Sabar.. Dan Sabar..
Bukankah sabar itu adalah separuh daripada iman?! Astaghfirullah. Aku mohon keampunanmu Ya Allah.

Posted with WordPress for BlackBerry.

10 malam terakhir


“The last 10”
Paparan di signboard ketika saya melintasi sebuah surau di Taman Selasih, yang membuatkan saya berfikir betapa pelbagai kempen, method @ kaedah yang digunakan semata-mata nak mengajak dan memberi kesedaran kepada masyarakat. Tentang apa? Sudah pasti tentang keyakinan kita akan janji Allah; Lailatul Qadr.

Hampir 5 tahun lalu, saya dan rakan-rakan berkesempatan menganjurkan Program ‘Anakku Mencari Lailatul Qadr’. Ia suatu pengalaman berharga yang tidak dapat dilupakan. Manakan tidak, antara peserta program yang hadir adalah kanak-kanak berumur dalam lingkungan umur 9 – 12 tahun. Begitu semangat dan tekun mereka mengikuti program itu. Semoga mereka terus istiqomah dalam meneruskan pencarian malam tersebut.

Di Manakah Kita???

Posted with WordPress for BlackBerry.

Emas naik lagi!!


Salam Ramadhan buat semua. Sedar tak sedar, sudah 17 hari kita berpuasa. Puasa kali ini, saya rasakan ia cukup meriah. Barangkali mungkin disebabkan aktiviti yang agak ‘pack’ sepanjang Ramadhan ini. Tambahan pula, surau yang berdekatan rumah saya kali ini menganjurkan banyak program yang menarik.

Dah lama saya tak update perkembangan harga emas semasa. Setakat hari ini, harga emas adalah RM197.47 bagi 999/24k. Harga yang dilihat cukup tinggi. Sudah tentu pelabur-pelabur emas ‘senyum hingga ke telinga’. Continue reading

Sulaiman Dawi: Si Penjual Cendol


Bila sebut subjek Sejarah, rasanya boleh kira berapa orang saja yang minat matapelajaran tersebut. Aku pun memang tak minat langsung subjek sejarah ni. Memang tak nafikan kita tak patut tak minat subjek Sejarah. Bukan ke dengan mengetahui Sejarah, kita akan lebih menghargai? Yang penting, aku bukan totally tak suka, aku tetap layan je baca and follow sejarah cuma tak  menguasainya sepertimana aku menguasai subjek-subjek lain.

Hari ni korang baca berita? Aku cuma sempat tengok online je. Jual cendol sambil bercerita yang dilaporkan oleh Berita Perhatian menarik minat aku sebab bila baca tajuk je pun aku dah tahu apa yang dia nak cerita. Ni mesti pasal Pakcik Sulaiman Dawi, si penjual cendol yang ‘pakar’ Sejarah!

Continue reading

High Blood Pressure


Pagi Jumaat lalu (3 Dis 2010) tekanan darah aku naik lagi. Doktor menyatakan tekanan darah aku mencecah 150/100. Patutlah aku rasa pening dan rasa tidak stabil pagi itu. Dan pada hari itu juga aku mempunyai beberapa tugas yang perlu diselesaikan sebelum aku bercuti panjang. Sorry bos, I have to rest. Jangan risau, insya Allah saya akan siapkan juga projek tu bulan ini juga. Believe me!

Alhamdulillah, kesempatan cuti yang diluluskan oleh Bos aku gunakan sebaik mungkin untuk berehat dan bercuti untuk pulang ke kampung. Dah lama rasanya tidak pulang ke kampung hampir 3 bulan rasanya berada di perantauan ^_^ Balik kampung.. ho ho ho balik kampung.

Continue reading

3 Perkara Buat Hilang Motivasi


1. Anda akan jadi kurang bersemangat apabila Anda menumpukan fikiran pada apa yang membuat Anda ‘down’.

2. Anda akan hilang motivasi apabila Anda berhenti terlalu lama dari terus berusaha.

3. Anda akan hilang semangat apabila Anda memfokus pada hasil usaha Anda yang salah.

Fokus pada konsistensi berusaha dan membetulkan kesalahan dengan mengambil tindakan baru.

Usah memfokus pada hasil sebaiknya fokus pada apa yang Anda perlu lakukan kerana hasil akan tetap ada apabila usahanya ngam kemudian berterusan pula.

Tanya dan terus tanya diri Anda apa lagi yang boleh Anda lakukan untuk berusaha, berusaha dan berusaha sehingga matlamat Anda benar-benar tercapai, bukan sekadar menjadi matlamat yang hanya bermain di minda.

Terima kasih kepada iMotivasi di atas perkongsian yang diberikan