Category Archives: Hot Tips

Emas naik lagi!!


Salam Ramadhan buat semua. Sedar tak sedar, sudah 17 hari kita berpuasa. Puasa kali ini, saya rasakan ia cukup meriah. Barangkali mungkin disebabkan aktiviti yang agak ‘pack’ sepanjang Ramadhan ini. Tambahan pula, surau yang berdekatan rumah saya kali ini menganjurkan banyak program yang menarik.

Dah lama saya tak update perkembangan harga emas semasa. Setakat hari ini, harga emas adalah RM197.47 bagi 999/24k. Harga yang dilihat cukup tinggi. Sudah tentu pelabur-pelabur emas ‘senyum hingga ke telinga’. Continue reading

Advertisements

Tip Menduduki Peperiksaan Perkhidmatan Bagi Tujuan Pengesahan Jawatan


Korang bekerja di sektor awam a.k.a keje gomen la. Kalau kerja dengan kerajaan pasti sudah sedia maklum tentang prosedur lantikan pegawai-pegawai kerajaan. Ada yang dilantik jawatan kontrak, ada yang dilantik ke jawatan tetap. Malah, ada pula yang dilantik bagi jawatan sambilan.

Untuk makluman semua, aku ni kerja di salah sebuah agensi kerajaan. Lantikan dibuat secara kontrak tetapi bagi jawatan tetap! Macam mana tu ye? Jawatan tetap tapi lantikan pulak dibuat secara kontrak? Tapi alhamdulillah, awal tahun ni aku ditawarkan ke lantikan tetap. So, untuk disahkan ke jawatan tetap, kena la lulus peperiksaan perkhidmatan. Selain kena lulus kursus Induksi Umum, Induksi Khusus pun kena pergi jugak (kalau tak silap la).

Oleh itu, kali ini aku nak share dengan korang tentang persediaan yang aku buat untuk menduduki peperiksaan tu.

Peperiksaan perkhidmatan ni, aku tak boleh nak cakap ianya susah ke senang. Semua depends on korang. Apa yang menariknya, peperiksaan ni boleh rujuk buku! Best kan? Let me show you buku apa yang kena bawak:

UNDANG-UNDANG BAHAGIAN I

UNDANG-UNDANG BAHAGIAN II

§ Perintah Am (Bab A, B, C, E, F, G)

§ Arahan Perbendaharaan (Bab A, B, C)

§ Financial Procedure Act. 1957 (disemak 1972) – Act No. 61

§ Tatacara pengurusan Stor

§ Arahan Perkhidmatan

§ Arahan Keselamatan

§ Pekeliling Kemajuan Pentadbiran Awam (PKPA Bil. 1/91 – 11/91, 1/92 – 4/92 dan PKPA yang dikeluarkan dari masa ke masa)

§ Pekeliling/ Surat Pekeliling Perkhidmatan

§ Pentadbiran dan Kewangan MARA

§ Perlembagaan Malaysia

§ Kanun Tanah Negara 1965

§ Akta Kerja 1955

§ Akta Syarikat 1965

§ Akta Kontrak 1950

§ Akta Pencen 1980

§ Akta Pencegahan Rasuah 1961

§ Manual Pembiayaan MARA dan Ordinan Setem


Ok, nampak tak? Bagi yang akan melalui exam ni, boleh la start belek-belek, buku-buku tu. Oh ye, peperiksaan perkhidmatan yang aku lalui ni dibahagikan kepada Undang-undang Bahagian I dan Undang-undang Bahagian II. Senarai buku rujukan yang dinyatakan di atas adalah inisiatif aku sebagai persediaan awal. Nanti takdelah terkial-kial, tak tahu nak bawak buku apa. Tak tahu nak rujuk buku apa. Jangan hairan ye, masih terdapat orang yang nak seat exam ni tapi tak tahu buku apa yang nak di bawa! Anda jangan pula tergolong di kalangan orang-orang seperti itu!

For me, bukan nak belagak ke hapa. Cuma senior-senior dan pegawai-pegawai aku kat opis cakap – Exam ni tak susah pun, cuma kena reti nak belek buku-buku tu. Kena tahu kat mana nak cari jawapan. Kan buku dah bagi? So, pandai-pandai korang la…

Terima kasih aku ucapkan kat Officemate aku terutamanya Bro Bun dan Kak Ain. Diorang berdua nilah yang sponsor buku rujukan untuk aku hadapi Exam Perkhidmatan hari tu.


Lagi satu, aku ada beli satu set Panduan ni. Rahsia Lulus Temuduga Kerja Kerajaan. Secara personal, panduan ini sangat-sangat membantu. Semua tips yang diberikan sangat-sangat membantu bagi korang yang nak hadir temuduga. Untuk kerja swasta pun boleh juga.