Category Archives: Blogging

Bila nak konvo?!


Setelah penat berhempas pulak hampir 4 tahun, bergelumang dengan pelbagai tugasan dan projek. Invidividu assignment, group project dan 1001 macam presentation paper yang datang. Segalanya menjadi manis apabila kita berada di penghujung semester. Tak sabar rasanya nak menamatkan pengajian.

Baru-baru ni adik ipar aku konvo di PICC, Putrajaya. Seronok bila melihat ramai yang berjaya menamatkan pengajian. Rasa teruja sangat bila melihat mereka meraikan serta merakamkan detik-detik indah yang dilalui itu. Mungkin nak berkongsi, nak tunjuk pada anak cucu suatu hari nanti.

Alhamdulillah, insya Allah aku bakal melalui detik itu nanti. Penatian aku menjelang April ni amat merisaukan. Tekanan demi tekanan yang aku rasakan. Aku rasa amat risau bangat! Ya Allah, permudahkanlah segala urusanku.
Alangkah seronoknya jika aku dapat berkonvo nanti? Apa perancangan aku lepas ni? Nak sambung ke peringkat maste pun seronok jugak. Mungkin aku akan sambung belajar dalam bidang IT pula selepas ini.

Aku serahkan segalanya kepada Ilahi. Moga-moga impianku terlaksana.

Hala tujuku


Rasa keliru dengan hala tuju serta perancangan kerjaya dalam hidup aku. Antara minat dan kelulusan (kelayakan) yang dimiliki.

Orang kata kalau kita tak dapat apa yang kita suka, kita kena suka apa yang kita ada sekarang.

Sekarang ni aku seronok dengan web-based project. Walaupun masih baru, rasa teruja untuk explore dan terus mencuba. Andai ditakdirkan aku bertukar bidang @ kerjaya suatu hari nanti,insya Allah tidak sekali-kali aku nak biarkan ia hilang begitu saja

Posted with WordPress for BlackBerry.

Hadirlah…


Ramai orang mengimpikannya
Ramai orang inginkannya
Ramai juga yang ternanti-nanti kehadirannya

Adakala kau diuji dengannya
Adakala kau rasa damai sentiasa
Dibuai rindu andai berjauhan darinya
Akan hadirkah dia?!

Usah kau terlalu berharap
Usah pula terlalu pasrah
Kau bisa berusaha dan berdoa
Tawakkal dan berserah saja pada Yang Esa…

Posted with WordPress for BlackBerry.

Yang berkat…


Alhamdulillah, hari ni hari Jumaat. Bagi yang bekerja pastinya rasa seronok bila tibanya hari ni. Kita ada 2 hari untuk rehat; Sabtu dan Ahad. Apa perancangan korang hujung minggu ni?

Aku ada lagi 2 paper yang perlu dihadapi. Pagi ahad dan pagi Isnin. Semestinya weekend ni nak pulun habis-habisan untuk baca buku! Hohoho…

Ha.. Jangan lupa luangkan masa untuk membawa family dan diri sendiri; rehatkan minda ye. Korang akan lebih ceria bila nak bekerja Isnin nanti.

Akhir kata, selamat berhujung minggu!

Posted with WordPress for BlackBerry.

Cuti-Cuti Malaysia


Alhamdulillah, blogpost pertama aku dengan BB ni. Semoga semuanya dipermudahkan lagi selepas ni insyaallah.

Awal-awal tahun ni memang tersangat la bz. Macam-macam plan dibuat. Projek-projek yang pending last year akan diusahakan sehabis tenagaku untuk diselesaikan pertengahan tahun ni. Itu sasaran peribadiku 😉

Bulan ni memang aku bercuti panjang. Bermula dengan cuti Hari Wilayah. Hari ni baru aku masuk office balik. Lamanya cuti, kan? Rindu giler dengan keje-keje office ni.

Sekarang ni musim exam. Insya Allah sem yang terakhir. Fuh! Sangat mencabar beb! Nanti aku story lagi.

Exam aku habis 14 Feb ni. Abis exam je aku akan terus ke bercuti! Yahooo! Release tension la katakan. Lokasi pilihan Port Dickson je. Nak join? Marilah…

C u ha…

Kepuasan Kerja, Penilaian dan Ganjaran


AZAM TAHUN BARU

Tahun baru, mesti ada azam baru. Ia semacam lumrah. Macam adat pulak. Asal tahun baru je orang mesti sibuk tanya pasal azam. Bukan tak bagus menanam azam tapi yang last year punya azam tu dah tercapai ke belum? Ataupun carry forward ke tahun ini?!

Bagi saya, azam kali ni nak tumpu kepada kerjaya walaupun bakal menamatkan pengajian pertengahan tahun ni juga, Insya Allah. Bila buat review azam-azam yang pernah saya buat sebelum ini, urusan kerja tidak termasuk dalam azam saya.

Continue reading

Sulaiman Dawi: Si Penjual Cendol


Bila sebut subjek Sejarah, rasanya boleh kira berapa orang saja yang minat matapelajaran tersebut. Aku pun memang tak minat langsung subjek sejarah ni. Memang tak nafikan kita tak patut tak minat subjek Sejarah. Bukan ke dengan mengetahui Sejarah, kita akan lebih menghargai? Yang penting, aku bukan totally tak suka, aku tetap layan je baca and follow sejarah cuma tak  menguasainya sepertimana aku menguasai subjek-subjek lain.

Hari ni korang baca berita? Aku cuma sempat tengok online je. Jual cendol sambil bercerita yang dilaporkan oleh Berita Perhatian menarik minat aku sebab bila baca tajuk je pun aku dah tahu apa yang dia nak cerita. Ni mesti pasal Pakcik Sulaiman Dawi, si penjual cendol yang ‘pakar’ Sejarah!

Continue reading

Oh Kereta…


Teringat masa mula-mula dapat lesen kereta dulu. Pantang nak keluar rumah, mesti nak drive kereta. Rasa macam tiada class je kalau naik motor. Tangan pulak rasa macam gatal-gatal je kalau sehari tak dapat pegang stereng kereta. Ayah aku cakap, orang tengah GS la katakan. GS tu Gile Stereng ke? 😉 Korang pernah rasa macam tu? Bohong la kalau korang tak pernah rasa macam tu. Kalau tak, nape tergedik-gedik nak ambil lesen kereta? Cuba cakap 😀

Tengok kereta besar, tak kan tak teringin nak bawak kot. Teringin nak bawa je la, bukan teringin nak beli. Kalau nak jadi milik sendiri tu, jangan mimpi la. Lain la kalau aku menang lucky draw Petronas ke. Mana tau ho ho ho. Berangan sudah ^_^

Continue reading

Sham Hardy, blogger pilihan


Bermula dengan blogwalking, jadi silent reader. Kemudian follower. Sekarang pengunjung setia pula. Actually, saya amat tertarik dengan blog ini. Selain itu, just nak lihat dan belajar bagaimana seseorang blogger itu menulis. I;m still new and want to learn how to be a blogger. So, ada beberapa buah blog yang menjadi inspirasi saya dan seakan mentor untuk saya berblog.

Entry kali ini, saya ingin berkongsi dengan blog yang saya suka follow ~ ShamHardy

Continue reading

Sedapnya Laksa ni!


Laksam a.k.a Laksa Kuah Lemak (orang Utara yang bagi nama Kuah Lemak ye, bukan saya). Semestinya faberet orang Kelantan ni. Kawe pun nok hok ni!