Konvo @ UUM


Hari ini melakar satu lagi sejarah dalam hidupku kerana aku bergelar graduan di Universiti Utara Malaysia. Pastinya detik ni adalah detik yang paling tidak dapat ku lupakan! Walaupun aku tidak dapat mengikuti Majlis tersebut, bagiku ia cukup memadai.

Oktober 2006
Aku mula mendaftar sebagai mahasiswa di UUM Sintok, Kedah. Ketika itu aku bekerja di Open University Malaysia Cawangan Kedah. Kekangan masa menjadi cabaran utama buatku pada masa itu kerana aku seringkali bekerja pada hujung minggu. Namun demikian, majikanku memberi pelepasan sekiranya aku ingin mengikuti pengajian mengikut jadual kuliah yang telah ditetapkan oleh pihak Universiti.

Pada ketika itu juga, anak sulongku baru berusia 5 bulan. Dorongan isteri tercinta dan keluarga menjadikan aku lebih bersemangat dalam menempuh liku-liku seorang siswa.

Status berkahwin dan mempunyai anak bukanlah halangan bagiku. Ironinya, anak sulongku sering menemaniku setiap kali aku mengulangkaji di rumah.

Konvokesyen
Saat yang dinanti… Pastinya menjelang. Namun, kita hanya merancang. Allah jualah sebaik-baik perancang. Aku menerima surat jemputan konvokesyen bagi sesi ke 7 (hari ni). Secara kebetulan, ianya adalah tarikh jangka bersalin isteri bagi cahaya mata kedua kami. Alhamdulillahb

Aku tetap gembira walaupun aku tidak dapat hadir sesi Majlis tersebut. Namun, kami sekeluarga sempat merakamkan saat-saat manis dengan bergambar di studio.

Insya Allah, moga diberi kesempatan untuk aku meneruskan pengajian ke peringkat Sarjana pula awal tahun hadapan.

Selamat berkonvo buat kawan-kawan semua!!

Posted with WordPress for BlackBerry.

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: