Emas naik lagi!!


Salam Ramadhan buat semua. Sedar tak sedar, sudah 17 hari kita berpuasa. Puasa kali ini, saya rasakan ia cukup meriah. Barangkali mungkin disebabkan aktiviti yang agak ‘pack’ sepanjang Ramadhan ini. Tambahan pula, surau yang berdekatan rumah saya kali ini menganjurkan banyak program yang menarik.

Dah lama saya tak update perkembangan harga emas semasa. Setakat hari ini, harga emas adalah RM197.47 bagi 999/24k. Harga yang dilihat cukup tinggi. Sudah tentu pelabur-pelabur emas ‘senyum hingga ke telinga’.

Bagi penyimpan emas berbentuk jongkong @ wafer, ia memberi kelebihan kepada mereka berbanding golongan yang ‘barang kemas penuh hingga ke siku’. Mengapa saya berpendapat sedemikian?

Beberapa minggu lalu, saya berkesempatan singgah ke kedai emas. Sekadar meninjau untuk membeli emas untuk isteri dan anak. Ketika itu, saya sempat bertanya dengan pembantu kedai emas tersebut berkenaan tatacara trade in barang kemas untuk membeli barang kemas baru vs trade in emas wafer @ jongkong untuk membeli barang kemas baru.

Terdapat perbezaan bagi dua jenis transaksi tersebut. Kalau nak tahu, cubalah anda pergi ke mana-mana kedai emas dan tanya pembantu @ tokey kedai emas itu.

Dalam situasi hari ini, kenaikan harga emas yang begitu drastik membuka mata sesetengah orang akan kelebihan pelaburan emas ini. Namun, sekiranya anda bijak mengurus pelaburan tersebut, saya yakin anda mampu memperolehi keuntungan pelaburan melebihi 20% dalam tempoh setahun!

p/s: berhati-hati agar tidak terjebak dengan riba ketika membeli emas.

Posted with WordPress for BlackBerry.

Advertisements

Tagged:

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: