Kepuasan Kerja, Penilaian dan Ganjaran


AZAM TAHUN BARU

Tahun baru, mesti ada azam baru. Ia semacam lumrah. Macam adat pulak. Asal tahun baru je orang mesti sibuk tanya pasal azam. Bukan tak bagus menanam azam tapi yang last year punya azam tu dah tercapai ke belum? Ataupun carry forward ke tahun ini?!

Bagi saya, azam kali ni nak tumpu kepada kerjaya walaupun bakal menamatkan pengajian pertengahan tahun ni juga, Insya Allah. Bila buat review azam-azam yang pernah saya buat sebelum ini, urusan kerja tidak termasuk dalam azam saya.

So, for this year. Saya plan nak buat kelainan sikit (untuk diri sendiri). Focus on my current job. Mana tau mungkin saya akan bertukar ke bidang lain pula? Mungkin juga nak setia dengan kerjaya sekarang. Semuanya bergantung kepada pencapaian kerjaya bagi tahun ini.

KEPUASAN KERJA

Bila berbicara soal kerja dan kerjaya. Kerjaya bukanlah setakat datang pejabat, buat kerja, ngulor ke. Then cukup bulan dapat gaji. Kalau tugasan pending/delay pun macam tak rasa apa-apa tanpa ada rasa bersalah. Rasanya ada yang tak kena dengan diri kita.

Bagi sesetengah orang mungkin ini situasi yang biasa. Dengan situasi semasa yang berada di dalam ‘zon selesa’, mungkin cukup saja dengan ‘layan’ kerja yang kita ada sekarang ini.Mesti seronok, kan? Kerja tanpa ada rasa tekanan.

Teringat ketika bekerja di sektor swasta 3 tahun yang lalu. Pejabat boleh diumpamakan sebagai rumah no. 2. Kerja sebati dengan jiwa dan diri. Hinggakan tidak kisah dilabel oleh orang lain sebagai ‘gila kerja’ bukan ‘kuat kerja’. Kenangan manis semua itu, sering saya kenang kerana dari situ saya bermula. Dari situ, saya memulakan kerjaya setelah tamat pengajian.

Saya tersenyum sendirian bila ingatkan saat itu. Kerja gila bagai. Cuma satu yang saya dapat simpulkan. Semua kerja itu dilakukan tanpa rasa jemu atau bosan. Semuanya dilakukan atas dasar kepuasan!

Kerja + seronok = kepuasan bekerja

Moga-moga tahun ini saya dapat pupuk rasa seronok dalam bekerja. Rasa teruja dan tak sabar untuk pergi bekerja. Walaupun bercuti, namun hati masih di pejabat.

Adakalanya terfikir juga, ALlah itu Maha Bijaksana. Maha Mengetahui apa yang ada dalam hai-hati kita. Dan DIA sembunyikan segala-galanya, DIA tidak tunjukkan kepada orang lain apa yang kita rasa, apa yang kita fikirkan dan apa yang kita inginkan. Dengan itu, orang lain tidak akan nampak kita seronok bekerja atau kita memang meluat dan malas untuk pergi kerja.

PENILAIAN

Dalam apa jua peringkat dan tindakan, pasti ada perancadangan, diikuti dengan how to organise the plan, then ada implementation the plan. Lastly, mesti ada evaluation and control.

Mengapa ada KPI? Ada penilaian prestasi? Ada review performance appraisal? Bagi saya, yang paling utama adalah sejauh mana penilaian itu dibuat.

Rasa-rasanya semua orang risau berkenaan penilaian KPI. Apa yang paling utama adalahm penilaian yang dibuat bukan semata-mata untuk mendapatkan ganjaran. Tetapi penilaian yang dibuat adalah untuk mengukur sejauh mana pencapaian kita sebagai pekerja sepanjang tahun tersebut.

Yang utama adalah tanggungjawab dan peranan yang dimainkan oleh seorang penilai. Saya tahu, bukan mudah untuk menilai anak buah/pekerja. Namun, mind setting kita haruslah betul. Penilaian yang akan dibuat adalah bukan atas dasar ‘kawan’, bias, conflict of interest dan lain-lain perkara/situasi yang kurang profesional

Tunaikan hak pekerja bawahan anda.Apa yang diinginkan oleh setiap pekerja adalah bukan keputusan penilaian semata-semata. Namun, teguran dan bimbingan berdasarkan prestasi semasa agar kita dapat terus meningkatkan prestasi pada tahun-tahun mendatang adalah yang paling utama.

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: