Sulaiman Dawi: Si Penjual Cendol


Bila sebut subjek Sejarah, rasanya boleh kira berapa orang saja yang minat matapelajaran tersebut. Aku pun memang tak minat langsung subjek sejarah ni. Memang tak nafikan kita tak patut tak minat subjek Sejarah. Bukan ke dengan mengetahui Sejarah, kita akan lebih menghargai? Yang penting, aku bukan totally tak suka, aku tetap layan je baca and follow sejarah cuma tak  menguasainya sepertimana aku menguasai subjek-subjek lain.

Hari ni korang baca berita? Aku cuma sempat tengok online je. Jual cendol sambil bercerita yang dilaporkan oleh Berita Perhatian menarik minat aku sebab bila baca tajuk je pun aku dah tahu apa yang dia nak cerita. Ni mesti pasal Pakcik Sulaiman Dawi, si penjual cendol yang ‘pakar’ Sejarah!

gambar kredit to Berita Harian

Aku tertarik dengan Pakcik Sulaiman ni. First time aku pernah dengar pakcik ni di dalam salah satu program TV3. Rancangan tu memaparkan pasal Cendol yang beliau jual.Kalau tak silap aku, bayar cendol untuk satu mangkuk tapi kalau rasa tak puas, boleh tambah berkali-kali. Cendol ni memang sedap kalau pekena time tengah panas terik. Walaupun orang kata cendol pakcik ni sedap, aku tak pernah try pun.

Apa yang menarik bagi aku adalah orang kata pakcik ni banyak celoteh. Tapi celoteh dia buat macam tukang karut. Bukan merapu-rapu punya. Tapi dia cerita tentang Sejarah!

“Saya menyimpan keratan akhbar, majalah dan buku berkaitan sejarah dan fakta menarik sejak dari tahun 60-an lagi.

“Apa yang saya ceritakan adalah fakta yang dikeluarkan oleh sumber bertulis yang boleh dipercayai, bukannya sekadar mereka-reka cerita. Saya menceritakan semula kepada pengunjung sebagai tarikan,”

Hebat sungguh pakcik ni. Pakcik ni memang suka membaca buku-buku sejarah. Dari situ, dia boleh share apa-apa pendapat sejarah yang dia tahu. Kita pun tahu, bukan mudah nak ingat fakta-fakta sejarah.

Kalau rasa teringin nak mencuba cendol Pakcik Sulaiman Dawi ni, boleh peri ke warung dia di Kilometer 11, Sungai Gadut. Ia dibuka bermula jam 10 pagi hingga 5 petang, bergantung kepada stok cendol.

 

Advertisements

Tagged:

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: