Oh Kereta…


Teringat masa mula-mula dapat lesen kereta dulu. Pantang nak keluar rumah, mesti nak drive kereta. Rasa macam tiada class je kalau naik motor. Tangan pulak rasa macam gatal-gatal je kalau sehari tak dapat pegang stereng kereta. Ayah aku cakap, orang tengah GS la katakan. GS tu Gile Stereng ke? 😉 Korang pernah rasa macam tu? Bohong la kalau korang tak pernah rasa macam tu. Kalau tak, nape tergedik-gedik nak ambil lesen kereta? Cuba cakap 😀

Tengok kereta besar, tak kan tak teringin nak bawak kot. Teringin nak bawa je la, bukan teringin nak beli. Kalau nak jadi milik sendiri tu, jangan mimpi la. Lain la kalau aku menang lucky draw Petronas ke. Mana tau ho ho ho. Berangan sudah ^_^

 

Bagi golongan muda tu, mesti teringin nak membeli kereta sport. Tak pun, beli kereta second hand then modify sana sini nak kasi nampak sport sikit. Jadi la kan. Beli kereta satria, letak bodykit satria GTi confirm nampak sport habis! Aku hairan kenapa orang sanggup berhabis duit semata-mata nak make up ‘bini’ no.2 diorang ni. Rata-rata di antara diorang ni lebih menyatakan kepuasan peribadi. Terpulang la kan, duit diorang. Asalkan diorang bahagia 😉

Bila ada kereta, memang best. Boleh jalan jauh, lebih selesa, dan lebih selamat. Tapi ada bukan best sangat pun. Ada beberapa perkara yang tak best. Perkara-perkara yang tak best ni la biasanya kita terlepas pandang dan ambil mudah saja.

1. Penggunaan Minyak

Orang sibuk dengan harga minyak Ron97 dan Ron 95 yang naik lagi. Tapi jualan kereta-kereta yang mempunyai kapasiti enjin besar tidak pula kurang. Aku kira, salesman masih mampu jual lagi la kereta-kereta ‘besar’ ni. Bagi yang berkeluarga, kereta yang lebih ekonomi dari segi penggunaan bahan api menjadi pilihan utama.

2. Cukai Jalan dan Insurans

Memang best kalau memiliki kereta-kereta besar. Namun, agak teruk juga kalau nak bayar roadtax dan insurans bila tiba masanya. Kena pula insurans dan roadtax tu perlu diperbaharui pada waktu kritikal seperti menjelang musim perayaan ataupun sesi persekolahan anak-anak.

3. Maintenance Bulanan

Ada orang sibuk nak pakai kereta sedap-sedap 😉 tapi tak mampu nak jaga maintenance kereta. Maintenance tu meliputi seperti bayaran monthly installment dan servis kereta. Kereta perlu diservis mengikut masa yang telah ditetapkan. Jika tidak, jangka hayat kereta tersebut pasti berkurangan. Lagi ‘besar’ kereta anda, lagi besarlah perbelanjaan servis yang perlu anda bayar. Sebab itu, ada segelintir yang mengambil jalan mudah dengan hanya mendapatkan alat ganti tiruan atau pun hanya beli di kedai-kedai potong kereta saja. Macam mana la nak kereta tu nak tak cepat jahanam :p

3 perkara ni adalah perkara asas (bagi aku) apa yang tak best bila ada kereta ni. So, memetik dari kata-kata orang yang mahir bidang pengurusan kewangan, “Alah membeli menang memakai“. Bila ada keperluan, baru beli kereta ye. Kalau korang dah beli tu, jangan la parking je. Biarkan terbungkus elok di selubung dengan ‘selimut’ kereta korang tu. Teruk bayar bulan-bulan kat bank tapi jarang-jarang je guna. Bukan ke lebih elok kalau duit monthly installment bayar kereta tu dilaburkan ke… beli tanah ke.. Ia pasti lebih bermanfaat.

 

Advertisements

Tagged: ,

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: