High Blood Pressure


Pagi Jumaat lalu (3 Dis 2010) tekanan darah aku naik lagi. Doktor menyatakan tekanan darah aku mencecah 150/100. Patutlah aku rasa pening dan rasa tidak stabil pagi itu. Dan pada hari itu juga aku mempunyai beberapa tugas yang perlu diselesaikan sebelum aku bercuti panjang. Sorry bos, I have to rest. Jangan risau, insya Allah saya akan siapkan juga projek tu bulan ini juga. Believe me!

Alhamdulillah, kesempatan cuti yang diluluskan oleh Bos aku gunakan sebaik mungkin untuk berehat dan bercuti untuk pulang ke kampung. Dah lama rasanya tidak pulang ke kampung hampir 3 bulan rasanya berada di perantauan ^_^ Balik kampung.. ho ho ho balik kampung.

Oleh kerana BP aku naik, aku nak share sedikit info tentang tekanan darah tinggi ni. Blood pressure atau lebih dikenali sebagai tekanan darah biasanya diuji untuk memantau tekanan darah pesakit darah tinggi. Penyakit darah tinggi ini tidak dipengaruhi oleh faktor umur pesakit. Means, golongan muda juga berisiko untuk mengidap penyakit ni terutama bagi mereka yang mempunyai ibubapa yang berpenyakit darah tinggi. Orang kata faktor keturunan. Macam aku, memang family history mengidap darah tinggi. Jadi, aku berisiko besar mendapat penyakit ini. Apa yang boleh dilakukan pada masa sekarang adalah amalkan cara hidup sihat.

Biasanya aku boleh agak sama ada BP (blood pressure) aku stabil ke tak. Means, tekanan darah aku normal, tinggi atau rendah. Apabila aku berada di dalam situasi yang sedikit tertekan seperti melakukan sesuatu tindakan yang memerlukan tumpuan yang tinggi dalam jangka masa yang lama, pasti aku akan berasa sakit kepala, pening dan migrain. Selain itu, sekiranya tidak cukup rehat dan tidur pun turut menyumbang ke arah peningkatan BP.

Pernah terjadi ketika aku kerja swasta dulu, BP aku naik sampai 200/xxx. Memang tak boleh nak buka mata. Alhamdulillah umurku masih panjang. So, jangan jadi macam aku, ambil mudah pasal BP ni. Nasib baik tak meletup pembuluh darah aku. Boleh membawa maut tau!

Apa yang biasanya aku lakukan?

Kalau kat office biasanya aku akan basahkan kepala dan sapu bahagian belakang kepala perlahan-lahan. Jangan tunduk atau pandang ke bawah sebabnya nanti kita akan rasa macam nak pitam. Lepas tu, duduk sekejap dan relaks kan minda. Cara ini bukanlah cara terbaik untuk merawat atau menurunkan tekanan darah. Bagi aku, ia sedikit sebanyak dapat membantu aku untuk mengurangkan kesakitan yang aku alami. Sekiranya korang rasa tak sakit yang teramat sangat, pergilah berjumpa doktor ye.

Kalau aku rasa teramat-amat sakit sangat terutama di bahagian tengkuk, aku akan cuba tidur (walaupun memang tak boleh nak tidur). Insya Allah lepas bangun dari tidur tu, kurang la sikit sakit tu nanti.

Gaya Hidup Sihat

Bila berjumpa doktor, satu saja yang dipesannya iaitu amalkan gaya hidup sihat dan jaga pemakanan. Itu saja, mudah untuk dilafaz tapi amat berat untuk dilaksanakan ho ho ho….

Nak amalkan gaya hidup sihat bukanlah sesukar mana. Ianya terletak di tangan kita. Jom kita sama-sama buat. Nak pergi surau, boleh menaiki tangga. Tak payah naik lift. Macam aku, kalau nak pergi solat Jumaat di Majid Jamek dekat dengan Stesen Masjid Jamek, jalan kaki saja. Mudah, kan?

Lastly, aku rasa korang ada panduan lain bagaimana nak atasi masalah tekanan darah tinggi tu. Maybe boleh share.

Jumpa lagi!

 

Advertisements

Tagged:

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: