DSLR ataupun Kamera Kompak?


Semakin ramai yang menggemari bidang fotografi. Ada yang sanggup berhabis duit, ada pula yang sanggup mengikat perut semata-mata untuk mendapatkan DSLR yang diimpikan. Tidak kurang juga ada yang hanya mendapatkan bantuan dana PAMA (Papa and Mama), semacam satu kegilaan di kalangan remaja masa kini yang ingin memiliki gadget yang hebat ini.

Saya juga tidak ketinggalan 😉 Sejak dulu lagi saya bercita-cita nak ambil gambar cantik-cantik. Gambar yang menarik. Bukan hendak menjadi photographer yang pro tetapi untuk kepuasan diri sendiri. Bagi saya, rasa sangat puas bila dapat ambil gambar terbaik dengan kamera sendiri, shoot sendiri dan gambar tersebut diambil dengan menggunakan manual mode! Mesti best, kan?

nikond D7000

Namun demikian, untuk ‘merealisasikan’ impian itu perlulah ada kamera. Buat masa ini, saya hanya menggunakan kamera jenis BenQ (kamera murah je pun…). Ini adalah sekadar permulaan saja. Walaupun saya pernah berangan untuk mahir dalam fotografi, faktor kekangan masa ketika kerja di sektor swasta dulu merencatkan impian saya selama ini. Tapi, itu semua masa lalu. Sejak bekerja di sektor kerajaan tahun lepas, segala-galanya berubah. Betul ke kerja di sektor kerajaan relax? Jangan tanya saya, tanya orang lain ya 😉

Jadi, untuk permulaannya saya akan memulakan eksplorasi dalam bidang fotografi ini dengan memilih kamera yang sesuai dengan saya. Apakah kamera yang terbaik untuk saya? DSLR ataupun kamera kompak?

Untuk menghasilkan sesuatu gambar yang terbaik bukanlah mudah. Menurut otai-otai photographer berpendapat bahawa the most important things is the man behind the camera! Betul juga kata mereka. Noorizam Sabran berpendapat bahawa terdapat beberapa kemahiran asas dalam teknik mengambil gambar perlu dikuasai terlebih dahulu. Antaranya perlu mengetahui tentang ISO, Aperture, Exposure. Sesuatu gambar itu adalah berdasarkan kepada apa yang cuba disampaikan oleh seseorang juruphoto itu.

Seelok-eloknya, ajaklah rakan anda yang mahir berkenaan kamera ketika ingin membeli sesebuah kamera. Sudah pasti ianya sangat-sangat membantu. Anda tentu mahukan sesuatu yang berbaloi bagi setiap nilai duit yang anda belanjakan, bukan?

Kesimpulannya, kamera merupakan suatu bonus bagi seseorang photographer. Dengan menggunakan camera kompak pun kita mampu merakamkan gambar-gambar yang terbaik juga. Oleh itu, belajar… belajar… dan teruskan belajar dengan photographer. Mana tahu suatu hari nanti, anda mampu merakamkan gambar yang hebat-hebat seperti Saudara Saiful Nang. Tidak mustahil bukan?

Pilihan di tangan anda. Anda yang tentukan untuk memilih kamera apa yang harus dibeli. Kongsikan di sini kamera apa yang anda inginkan dan kenapa ye 😉

 

Advertisements

Tagged: , , ,

2 thoughts on “DSLR ataupun Kamera Kompak?

  1. ain yusof February 10, 2011 at 10:35 am Reply

    kekadang memang teringin nak shot gambar yang cantik2. tapi x pandai. cam ne tu? em..

    • bingkisanilahi February 10, 2011 at 12:30 pm Reply

      Yang tu kena selalu belajar la. Masa nak snap tu, utamakan komposisi yang betul. Insya Allah mesti gambar yang menarik dapat dihasilkan.

      Nak ambil gambar yang cantik, guna kamera kompak pun dah ok. Cuma kena kreatif la sikit.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: