Kerja Banyak, Macam Mana Nak Buat?


Pejam celik pejam celik minggu depan sudah bulan Disember Tahun 2010. Begitu cepat masa berlalu namun kerja pula semakin menimbum. Makin banyak dan bertambah. Apabila siap satu tugasan, datang pula tugasan yang baru. Ini akan memberi tekanan kepada anda.

Bagaimana menghadapi situasi sedemikian?

Apakah yang perlu anda lakukan?

Saya ingin kongsikan beberapa tips yang boleh dipraktikkan. Mungkin sedikit sebanyak dapat membantu anda.

1. Mulakan sekarang.
Tarik nafas anda dalam-dalam, kemudian lepaskan perlahan-lahan. Rehat dan lapangkan fikiran anda (lebih kurang satu minit). Kemudian mulakan dengan membaca Bismillah.

2. Senaraikan semua tugasan
Cuba senaraikan semua tugasan yang perlu dilakukan. Mulakan daripada tugas-tugas yang besar/berat. Ini adalah bagi mengelakkan anda terlepas pandang akan tugas-tugas lain perlu dilakukan juga.

3. Kenalpasti dan tentukan priority/keutamaan
Bila melihat senarai tugas-tugas yang peru dibuat pasti kita akan berasa lebih tertekan bukan? Banyaknya! Nak mulakan yang mana satu dulu? Jangan risau. Berdasarkan senarai tersebut, anda perlu kenalpasti priority/keutamaan setiap tugas. Tentukan yang mana satu high priority dan yang mana satu low priority.

4. Tentukan ‘target’
Letakkan tempoh yang diperlukan untuk menyiapkan sesuatu tugasan. Jika tidak, pasti anda akan membuat kerja sambil lewa saja. Ingat… Jangan bertangguh! Mulakan dengan menyiapkan tugas ber’priority’ tinggi.

5. Kurangkan atau elakkan aktiviti-aktiviti yang kurang penting.
Kurangkan masa ‘kurang’ penting ketika bekerja seperti bersembang. Bila bersembang, memang seronok. Kadangkala sampai terleka. So, lebih baik kita fokus pada tugasan yang perlu disiapkan segera.

Ok la, ini adalah sedikit sebanyak tips yang ingin dikongsikan. Mudah-mudahan ia dapat membantu anda.

Sekiranya anda ingin menambah beberapa tips lagi, dipersilakan. Tinggalkan di ruangan komen ye. Jasa mu amat ku kenang!

~ Sharing is caring ~

Advertisements

One thought on “Kerja Banyak, Macam Mana Nak Buat?

  1. DSLR ataupun Kamera Kompak? « blog.msharil November 29, 2010 at 5:37 am Reply

    […] saja. Walaupun saya pernah berangan untuk mahir dalam fotografi, faktor kekangan masa ketika kerja di sektor swasta dulu merencatkan impian saya selama ini. Tapi, itu semua masa lalu. Sejak bekerja […]

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: