Mudahnya buat pahala, mudah juga buat dosa


Sukar ke kita nak buat pahala? Adakah semudah nak berbuat dosa?

Kalau di blog-blog, ramai yang berebut-rebut nak buat duit. Pelbagai program yang ditawarkan. Daripada jenis cepat kaya, mahupun MLM, Single-Level-Marketing dan juga Uni-Level-Marketing.

Tidak kurang juga, dengan program buat duit yang agak hype @ keterlaluan seperti Login Facebook Dapat 100. Pokok pangkalnya, memang nafsu mudah terangsang apabila sesuatu yang dibuat itu mendapat imbuhan di depan mata. Sudah pasti berasa seronok apabila usaha yang dibuat itu mendapat ganjaran di hadapan mata.

Persoalannya, mengapa tidak pula kita berebut-rebut menggandakan pahala? Jika di bulan Ramadhan, pahala bagi setiap amalan itu berlipat kali ganda. Sudah tentu kita tidak akan mensia-siakannya, bukan?

Facebook, jaringan sosial yang menjadi kegilaan masyarakat seluruh dunia. Tidak kira suami isteri, anak, malah pelbagai peringkat umur tidak ketinggalan mempunyai akaun FB. Saya juga tidak ketinggalan untuk mengikutinya! 😉

Teringat isteri tercintaku menegur, menyatakan mengapa ramai orang terlalu teruja untuk update status masing-masing di facebook mereka. Semacam satu keseronokan apabila dapat update status diri di facebook, benarkah?

“Bestnya dapat hadiah hari ni, nak update status kat facebook la”

“Jom ambil gambar, nanti boleh masukkan kat fb”

Mengapa tidak mengajak orang yang membuat koreksi diri.

“Jangan lupa mulakan kerja anda hari ini dengan Bismillah”

“Sudahkah anda mendoakan ibubapa anda hari ni?”

“Dah solat belum? Jangan lewat-lewatkan solat”

Formulanya mudah untuk Update status di facebook:

Mesej positif + pelawat baca + sebarkan = Pahala
 

Mudah, kan? Saya pasti, anda lebih kreatif dan berhikmah. Jom kita mulakan saat ini juga ye!

Kan lebih elok daripada berbuat sesuatu yang sia-sia?

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: