Pesan Ustaz Abdul Rani


Assalamualaikum.

Hai semua, bagaimana anda hari ini? Cuaca di KL hari ini sangat nyaman dan dingin bangat! Hari Sabtu biasanya saya akan meluangkan sedikit masa pergi ke Taman Tasik Perdana untuk jogging a.k.a keluarkan sedikit peluh. Baru seronok, kan? Itu pun sekiranya masa mengizinkan. Pada hari Sabtu dan Ahad sudah tentu menyediakan program Kuliah Subuh. 

Kan lebih elok jika kita dapat turut serta dalam program tersebut 😉 Mana satu nak pergi ye? Jogging ke dengar Kuliah Subuh? Kan lebih elok pergi dengar Kuliah Subuh dahulu, lepas tu barulah kita pakat-pakat pergi jogging ye 😉

 

Di Surau Ar-Rasyidin (taman saya), AJK surau telah menjemput Ustaz Abd Rani untuk memberi kuliah Subuh pagi tadi. Alhamdulillah, sangat menarik dan bertenaga sekali Ustaz memberikan sedikit kuliahnya. Bukan senang dapat mendengar kuliah Subuh melainkan hari Sabtu dan Ahad. Tak sama seperti kuliah Maghrib yang cuma ambil masa sekitar 30 – 40 minit sahaja. Kuliah Subuh pula lebih panjang tetapi dalam suasana yang lebih santai. Orang tua-tua kata, pelan-pelan saja. Biar inputnya sedikit namun kita dapat mengambil iktibar dan ingat sampai bila-bila.

 

Berbalik semula dengan program Kuliah Subuh tadi. Banyak perkara yang bagi kita nampak biasa, tetapi sebenarnya ia adalah luar biasa. Kita tidak sebenarnya kerana ia melibatkan soal pergantungan dengan Allah! Betulkan saya sekiranya saya tersilap. Kunci untuk memasuki Syurga Allah itu adalah dengan menyebut kalimah “La ilaha illah“. Saya kira, semua umat Islam masa kini sudah maklum dan tahu menyebut kalimah suci itu. Kalimah syahadah yang akan diucapkan oleh semua saudara baru yang ‘kembali’ kepada Fitrah kejadian asal kita. Pernah kita cuba fahami intipati kalimah tersebut?

Kalimah tersebut memberi maksud “Tiada Tuhan yang layak disembah melainkan Allah“. Saya akan cuba ringkaskan di sini. Sebenarnya, kalimah tersebut menunjukkan pergantungan kita 100% secara total hanya kepada Allah. Kita menolak semua tuhan, dan kita hanya menyembah Tuhan Yang Esa. Pokok utama yang ingin saya utarakan di sini adalah tentang isu pergantungan. Kepada siapa kita bergantung. Kepada siapa kita bersandar. Kepada siapa kita meminta dan kepada siapa kita menyerahkan jiwa raga.

 

 

Saya pernah membaca Buku Travelog Haji – Mengubah Sempadan Iman yang ditulis oleh Muhd Kamil Ibrahim. Ketika beliau ingin melakukan ibadat pergi melontar Jamratul Aqabah, beliau memilih untuk melakukan ibadat tersebut pada waktu yang afdal iaitu Pada waktu Dhuda, 10 Zulhijjah! Namun demikian, dikatakan keadaan pada masa itu terdedah kepada pelbagai risiko dan terpaksa bersesak-sesak. Namun, naluri ingin menjadi ‘tetamu istimewa’ dengan melakukan ibadat yang terbaik menjadi pilihannya. Apa yang jadi selepas itu?

Beliau berdoa bersungguh-sungguh dengan penuh pengharapan. Antara kandungan doa beliau:

Ya Allah, kau ampunilah kami, berikanlah keberkatanmu, berilah taufik hidayahmu dan berikanlah rahmatmu. Ya Allah, kami mahu melakukan ibadat melontar pagi ini. Dikatakan pada waktu ini adalah waktu yang afdal tetapi keadaannya sesak dan keselamatan tidak terjamin, Ya Allah. Kau peliharalah keselamatan kami. Hanya Engkaulah tempat kami berserah. Berikanlah laluan dan lorongan. Tiada ada yang lebih berkuasa selain daripada Engkau. Tidak ada, Ya Allah. Ampuni kami, ya Allah. Ampuni kami, Ya Allah” 

 

Selepas berdoa, beliau sekeluarga berserah diri dan menyerahkan nasib dan takdir bulat-bulat kepada Allah. Ini adalah konteks sebenar yang saya cuba kongsikan. Mari kita selidiki, sejauh mana kita berserah, sejauh mana pergantungan kita semata-mata kepada Allah.

p.s Usaha, doa dan tawakkal. Insya Allah

Advertisements

Tagged:

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: