Kisah Luqman Hakim


Assalamualaikun

Kisah Luqman Hakim

Semalam, dalam perjalanan untuk ke Hospital Pakar Pantai, Ampang, saya mendengar sedikit tazkirah melalui radio IKIM.fm. Intipati yang dibincangkan amat menarik minat saya. Di sini saya kongsikan serba sedikit kisah untuk panduan kita bersama.

Diceritakan kisah tersebut bermula ketika Luqman Hakim dan anaknya membawa bersama-sama mereka seekor keldai untuk ke sebuah pasar, Luqman Hakim menaiki seekor keldai, manakala anaknya pula mengikut dari belakang. Setibanya ke sebuah kampung, ramai orang yang melihat perjalanan dua beranak itu dan sesetengah orang yang berdiri di tepi jalan pun berkata,

‘Lihat orang tua yang tidak bertimbang rasa itu! Dia sedap-sedap menaiki keldai sedangkan anaknya pula dibiarkan berjalan kaki.”

Mendengarkan kata-kata yang kurang sedap dari orang ramai, maka Luqman pun turun lalu meletakkan anaknya pula di atas baghal dan meneruskan perjalanan. Setibanya di kawasan seterusnya, banyak mata yang memandang tingkahlaku Luqman dan anaknya itu. Terdengar Luqman suara-suara sumbang dari ramai orang yang melihat mereka. Kata mereka,

“Sungguh biadap anak itu! Orang tuanya dibiarkan berjalan kaki sedangkan dia sedap menaiki keldai!”

Sebaik sahaja mendengar kata-kata itu, Luqman pun terus naik ke atas belakang keldai bersama-sama dengan anaknya dan meneruskan perjalanan. Tidak lama kemudian, sesetengah orang ramai pula berkata lagi,

“Lihat dua orang yang tidak berperikemanusiaan itu! Dua orang menunggang seekor baghal, alangkah siksanya baghal itu membawa beban yang berganda.”

Oleh kerana tidak suka mendengar percakapan orang, maka Luqman dan anaknya turun dan berjalan bersama keldainya, kemudian terdengar lagi suara orang berkata,

“Ada keldai tetapi tuannya berjalan kaki. Alangkah bodohnya mereka!!”

Dalam perjalanan mereka kedua beranak itu pulang ke rumah, Luqman Hakim telah menasihati anaknya tentang sikap manusia dan telatah mereka, katanya,

“Sesungguhnya tiada terlepas seseorang itu dari percakapan manusia. Maka orang yang berakal tiadalah dia mengambil pertimbangan melainkan kepada Allah S.W.T sahaja. Barang siapa mengenal kebenaran, itulah yang menjadi pertimbangannya dalam tiap-tiap satu.”

Kemudian Luqman Hakim berpesan kepada anaknya, katanya,

Wahai anakku, tuntutlah rezeki yang halal supaya kamu tidak menjadi fakir. Sesungguhnya tiadalah orang fakir itu melainkan tertimpa kepadanya tiga perkara, iaitu tipis keyakinannya (iman) tentang agamanya, lemah akalnya (mudah tertipu dan diperdayai orang) dan hilang kemuliaan hatinya (keperibadiannya), dan lebih celaka lagi daripada tiga perkara itu ialah orang-orang yang suka merendah-rendahkan dan meringan-ringankannya.”


Pengajaran

Adakah kita lebih gemar memberi kritikan dari memberikan sokongan?
Bagaimanakah kita melihat sesuatu perkara itu? Adakah kita melihat dari sudut positif atau sentiasa memandang sudut negatif sahaja?

Saya tertarik menulis artikel ini apabila mendengar golongan yang ‘kononnya’ mengajar agama namun berfikiran cetek dan sempit. Bukan niat saya untuk merendah-rendahkan sesiapa. Apatah lagi nak mengaibkan sesiapa. Kadangkala, kritikan yang kita lontarkan itu sebenarnya menunjukkan corak pemikiran kita. Jadi, berhati-hatilah!

Ampunilah aku ya Allah…

Advertisements

Tagged: , ,

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: