Ada ke pakai seluar pendek je?


Salam dan hai semua,


Keadaan kesihatan aku tidak berapa mengizinkan. Ia bermula dengan demam, sakit tekak, batuk dan kemudian selsema pula. Barangkali musim demam ditambah pula dengan pelbagai aktiviti dan jadual kerja yang agak padat akhir-akhir ini.

Keputusan peperiksaan semester lalu telah keluar. Alhamdulillah, keputusan yang diterima setimpal dengan usaha yang dicurahkan. Namun, sedikit kesal berkenaan keputusan bagi sesetangah subjek yang tidak memberangsangkan. Insya Allah, semester terakhir yang bakal bermula hujung minggu ini menjadi pengajaran dan turning point buatku.

Prinsip yang begitu mudah, Bukan Senang Nak Senang, Bukan Susah Nak Susah. Kita yang memilih, kita juga yang menentukan nasib kita pada masa depan. Aku tidak mahu terleka tidak pula mahu terlena dibuai mimpi dan impian yang ntah apa-apa.



Malam tadi, aku berkesempatan menghantar sepupu isteriku, Kak Hanim menunaikan fadhu Haji di Kelana Jaya. Bila dimaklumkan dia akan check in awal iaitu sekitar 8.30 malam, aku dan isteri mengambil keputusan agar kami dapat keluar rumah lebih awal. Kami menunaikan solat maghrib di Surat Lebuhraya DUKE dan tiba di Kompleks Tabung Haji, Kelana Jaya sekitar jam 7.30 malam. Walaupun jalan agak sibuk, namun kami selamat tiba lebih awal.

Aku rasa seronok melihat pelbagai ragam orang di sana. Terdapat pelbagai peringkat umur yang menyahut panggilan Haji tahun ini. Mudah-mudahan Allah panjangkan umurku agar aku sempat jua pergi ke sana. Insya Allah.

Aku sedikit rasa terkejut apabila melihat seorang lelaki yang hanya memakai seluar pendek (paras atas lutut) di situ! Hairan! Salah tempat la Bro! Melihat situasi itu, terlintas di fikiranku. Salah siapa?

Tujuan mulia, menghantar orang pergi menunaikan haji tapi dengan memakai seluar pendek? Nasib baik saya tidak mempunyai kain pelikat ketika itu. Kalau ada, sudah tentu akanku hadiahkan kepada ‘Bro’ tu!

Fikir-fikirkan yer….

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: