Aidilfitri 1431H di Pontian, Johor (Day 2)


Hari ini cuaca cerah dan panas. Kami memulakan projek memasak ketupat dan juadah untuk Hari Raya. Daging dan ayam dipotong-potong mengikut kata mak yang merangkap sebagai ketua chef. Ayah pula bertindak selaku coordinator memastikan segalanya berjalan seperti yang dirancang. Memang sangat seronok masa tu sebab dah lama kami tak berkumpul bersama-sama. Macam picnic pulak kami rasa.

Puasa pada hari itu sangat-sangat mencabar. Panas yang terlampau aku rasa seolah-olah kipas yang dipasang tidak berpusing pulak rasanya. Ayah pula berkali-kali membasahkan tuala untuk diletakkan di kepalanya – mengurangkan rasa panas membahang. Kalau nak tidur aja, gerenti sakit kepala. Lagipun aku bukan jenis yang suka tidur je.


Huiisshhh…. rasa macam lambat giler masa berjalan. Kejap-kejap tengok jam. Bila tiba waktu Asar, cuaca dah mula redup. Alhamdulillah…Hari tu kami memang keletihan namun kami rasa sangat gembira. Mudah-mudahan kami diberi kesempatan untuk melalui detik-detik seperti ini lagi.


Malam tu, kami solat maghrib berjemaah diikuti dengan bacaan surah Yaasin dan tahlil khusus buat arwah datuk kami (Arwah Jamhuri bin Ariffin) yang telah kembali ke rahmatullah pada 7 Januari 2010. Tahun ni memang rasa ralit sangat kerana ini adalah kali pertama kami menyambut Hari Raya tanpa arwah di sisi.


Selepas isyak, seperti musim raya yang lalu, kami merancang untuk ‘projek’ kami. Ejam tak nak ikut. Rugi lorr… orang nak belanja pun dia tak nak 😉 Mak dan ayah tak nak join kami sebab letih katanya.

(Credit to http://zmm1007.wordpress.com)

Kami meronda-ronda pekan Pontian malam tu. Kononnya nak tengok suasana malam raya di Pontian. Almaklumkah, aku beraya kat Pontian ni, 2 tahun sekali. (Ikut turn beb.. gilir-gilir raya dengan kampong isteri aku.)


Adik-adik aku ajak pekena roti tisu kat kedai mamak tempat kami pernah makan dulu. Ramai giler orang malam tu. Rata-ratanya aku tengok lebih kepada nak surf facebook je sebab wifi free 😉


Kesian adik-adik aku, kempunan malam tu tak dapat makan roti tisu. Macam mana la boleh tak jual. Geram jugak. Macam dah jadi kemestian pulak kami, malam raya jalan-jalan dan pekena roti tisu. Kalau hari-hari biasa, tak de pun rasa teringin nak makan roti tisu. Aku cuma rasa puas bila dapat tengok adik-adik aku makan. Lastly, malam tu kami makan mee goreng mamak dan chicken chop.

Teringin nak makan kat kedai Mak Teh di Danau Kota. Sedap beb!

Advertisements

Tagged:

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: