1 Syawal di Pontian, Johor











Allahu akbar Allahu Akbar..

Alhamdulillah, Allah beri kesempatan pada aku sekeluarga untuk menemui Syawal 1431H ini. Mudah-mudahan amalan kita sepanjang Ramadhan diterima.


Pagi itu cuaca agak mendung. Kami bersiap-siap segera untuk bersolat sunat Hari Raya. Sampai sahaja di surau, hujan turun mencurah-curah diikuti dengan kilat yang sabung menyabung.


Kesempatan di pagi hari yang mulia, kami bermaaf-maafan sesama kami.


Kami beraya di sekitar kampong sebelum berkunjung ke rumah sanak saudar sebelah emak di Parit Sikom, Pontian Besar.


Indahnya beraya di desa… cewah.. nyanyi lagu raya pulak. Raya kali ini memang meriah dan aku rasa macam nak berlama-lama je stay kat kampung musim raya kali ini.


Nanti la, aku fikir-fikirkan…

Malam tu kami bersembang dengan mak, ayah, usu, dan nenek agak lama. Banyak juga yang kami bualkan. Bila jarang bersua, macam-macam topik yang dibincangkan. Ayah berkongsi pengalamannya menjaga arwah Datuk di sepanjang penghujung hayatnya. Sayu jugak rasa hati bila melihat ayah berkongsi pengalamannya seikhlas hatinya.


Ayah… aku bangga menjadi anakmu. Walaupun pelbagai liku-liku yang aku lalui, aku lihat banyak perubahan yang berlaku dalam diri ayah. Seorang yang semakin cool dan berhemah dalam mendidik aku. Selain itu, aku perhatikan, akhir-akhir ini, ayah kerap menggunakan nasihat secara ‘halus’ melalui perbualan, perbuatan dan ‘diam’nya.


Ayah…aku mengerti apa yang cuba ayah sampai itu. Insya Allah.


Advertisements

Tagged:

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: