Sambutan Aidilfitri 1431H di Pontian, Johor (Part I)


Hari ini aku mula bekerja setelah bercuti sejak 9 September yang lalu. Bagi menyambut aidilfitri kali ini aku tidak mengambil cuti yang terlalu lama, memadai hanya beberapa hari sahaja. Aku dan isteri tiada mengalami sebarang masalah dalam pemilihan tempat beraya kerana kami sama-sama telah bersetuju untuk bergilir-gilir beraya di kampung halaman masing-masing.

Memandangkan jarak kampung kami jauh (kampung isteri di Utara, manakala kampung aku di Selatan tanah air), kami mengambil keputusan untuk beraya di satu tempat dalam satu-satu masa sahaja. Bagi aku, ianya lebih bermakna kerana kami akan membantu membuat persiapan secara total. Tahun ni, giliran kampung aku. Yahoooo…. Kami beraya di Pontian, Johor.

Day 1
Aku sepakat dengan ayah agar kami dapat berkonvoi balik ke kampung. Ayahku bertolak dari Manjung akan bertolak selepas Asar, manakala aku bertolak selepas Maghrib dari Gombak. So, kami berjumpa di Hentian sebelah Senawang.


Malam itu, adik lelaki aku yang drive. Biasalah kan, orang muda, drive Proton Waja pulak tu. Di lari 150 je… hantu betul. Kami target untuk keluar di tol Skudai jam 12.00 tengah malam (nak diskaun 20%).

Memandu malam memerlukan tahap konsentrasi yang lebih berbading memandu di waktu siang. Alhamdulillah kami sampai di rumah akak aku di Ulu Tiram lebih kurang jam 12.30 pagi. Malam tu kami perlu berehat sebelum persiapan raya pada keesokan harinya dibuat di Kampung.

Nenek… nantikan kepulangan cucu-cucu nenek ni yerk 😛

Bersambung…

Advertisements

Tagged: ,

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: