Ipad mini aku


Assalamualaikum dan salam sejahtera.

Gadget oh gajet. Ejaan guna yang mana satu pun tak pe. Aku adalah salah seorang yang meminati gadget ni. Cuma tak de la sampai tahap gila gajet.

Buat masa ni, aku menggunakan Nexus 4 (android 4.4.4 menggunakan slim rom). And another one is my luvlee ipad mini! Hidup rasa macam dah cukup lengkap bila dah ada kedua-dua peranti ni (oh.. Agak skema di situ, macam pelik sebut peranti).

Continue reading

Kasih dan Pengorbanan Seorang Ibu


Assalamualaikum,

Aku rasa terpanggil untuk berkongi video ini. Moga-moga memberi manfaat.

Teruskan langkah ku


image

Lama menyepi tak bermakna sembunyikan diri. Tapi sibuk untuk bahagikan masa antara belajar, kerja & keluarga. Serius!!! Mencabar betul bila kerja sambil belajar ni. Teringat masa kerja di Open University dulu. Every week kena turun padang cari student area Perlis. Bukan senang nak convince potential prospect huhuhu.. Nak influence orang kerja sambil belajar.

Continue reading

Off to Bangi


20130312-073530.jpg

بسم الله الرحمن الرحيم

Hari ni hari ke2 aku berkursus di Danau Golf, UKM, Bangi. Bukan kursus main golf ye. Penganjur guna venue ni saja. Actually, aku mengikuti kursus Yii: Best PHP Framework. Pe mende la pulak Yii ni kan? Bukan yis tau. Kalau group2 PHP programmer mungkin ada yang familiar dengan framework ni.

Setakat ni, aku rasa puas hati bila dah berkenalan dengan Framework ni. Bagi aku memang ianya best. Sesuai untuk orang macam aku yang tak tahu pasal Object-oriented- programming. So, sangat- sangat recommend kalau ada yang berminat nak belajar.

Terima kasih kepada Team Pengurusan aku sebab izinkan aku pi kursus no. Inshaa Allah banyak perancangan projek yang aku akan usaha untuk selesaikan tahun ni. Kalau ada sifu-sifu di luar sana yang biasa dengan framework ni, boleh la kita share knowledge.

Sedikit sebanyak tentang YII yang aku belajar semalam. YII ni ada adalah PHP framework. Andai kita biasa dengan PHP programming, memang ia bagi added value la bila kita gunakan framework ni. Ia membantu kita develop system @ application dengan lebih cepat. Instead of using structured programming, kita kena lebih teliti & perlu banyak main-main coding. Except you all memang berminat nak main coding, kan?

Apa yang paling menarik tentang framework ni, kita perlu design database kita dengan betul terlebih dahulu setelah kita kenalpasti skop system kita. Then, YII akan bantu memudahkan kita untuk menyediakan CRUD (Create, Read, Update, Delete) record. Sangat2 menjimatkan masa sebab basic validation pun dia dah sediakan.

Ok la, sedikit info tentang YII. Mudah-mudahan dapat beri sedikit gambaran buat PHP Programmer

Official MBA Student for this year


Bismillah…

Alhamdulillah, this year aku kembali menjadi seorang pelajar. Cuak pun ye juga setelah 2 tahun merehatkan otak. Kali ni lagi mencabar sebab aku perlu ‘bermain’ dengan pelbagai artikel & jurnal related to the current issues. Oohhh… Memang sangat2 mencabar dan memerlukan kekuatan mental & fizikal.

Terima kasih buat isteriku yang sangat memahami diri aku & pengorbanan dia terlampau banyak bila memikirkan banyak yang perlu ditempuh sepanjang aku jadi pelajar. Banyak juga sunk cost sebab terpaksa aku tinggalkan masa rehat dan santai2 bersama anak2.

Cukup la setakat nak update dalam blog yang dah lama bersarang ni. Inshaa Allah dengan sedikit kemudahan yang aku ada sekarang sedikit sebanyak mengembalikan semangat aku untuk update apa-apa yang aku ingin kongsikan.

MBA UKM

Alhamdulillah rezeki aku dapat sambung belajar & dapat sedikit bantuN dari majikan untuk menanggung kos pengajian aku. Inshaa Allah cuma mengambil masa lebih kurang satu tahun setengah sahaja. Doakan aku yer. Mudah-mudahan dipermudahkan segala urusan kita semua.

Kali ini, aku tidak perlu pergi ke kampus untuk mengikuti kuliah. Pensyarah akan datang mengajar di pejabat kami yang mana kelas kami akan bermula selepas waktu bekerja dan berakhir pada malam hari. Fuhhh…. Penat tu buasa la tapi seronok sebab banyak yang kita dapat belajar.

Inshaa Allah kita jumpa di lain entry post.

Konvo @ UUM


Hari ini melakar satu lagi sejarah dalam hidupku kerana aku bergelar graduan di Universiti Utara Malaysia. Pastinya detik ni adalah detik yang paling tidak dapat ku lupakan! Walaupun aku tidak dapat mengikuti Majlis tersebut, bagiku ia cukup memadai.

Continue reading

Penantian


Penantian itu satu penyeksaan. Bagiku, apa sahaja perkara yang memerlukan aku menunggu lama tu, memang ianya amat menyeksakan. Terkenang kembali saat belajar part-time di UUM dulu. Semester berganti semester terasa masa berlalu pantas. Namun, apabila menanti keputusan senarai Konvokesyen, memang seksa!

Sabar.. Sabar.. Dan Sabar..
Bukankah sabar itu adalah separuh daripada iman?! Astaghfirullah. Aku mohon keampunanmu Ya Allah.

Posted with WordPress for BlackBerry.

10 malam terakhir


“The last 10”
Paparan di signboard ketika saya melintasi sebuah surau di Taman Selasih, yang membuatkan saya berfikir betapa pelbagai kempen, method @ kaedah yang digunakan semata-mata nak mengajak dan memberi kesedaran kepada masyarakat. Tentang apa? Sudah pasti tentang keyakinan kita akan janji Allah; Lailatul Qadr.

Hampir 5 tahun lalu, saya dan rakan-rakan berkesempatan menganjurkan Program ‘Anakku Mencari Lailatul Qadr’. Ia suatu pengalaman berharga yang tidak dapat dilupakan. Manakan tidak, antara peserta program yang hadir adalah kanak-kanak berumur dalam lingkungan umur 9 – 12 tahun. Begitu semangat dan tekun mereka mengikuti program itu. Semoga mereka terus istiqomah dalam meneruskan pencarian malam tersebut.

Di Manakah Kita???

Posted with WordPress for BlackBerry.

Emas naik lagi!!


Salam Ramadhan buat semua. Sedar tak sedar, sudah 17 hari kita berpuasa. Puasa kali ini, saya rasakan ia cukup meriah. Barangkali mungkin disebabkan aktiviti yang agak ‘pack’ sepanjang Ramadhan ini. Tambahan pula, surau yang berdekatan rumah saya kali ini menganjurkan banyak program yang menarik.

Dah lama saya tak update perkembangan harga emas semasa. Setakat hari ini, harga emas adalah RM197.47 bagi 999/24k. Harga yang dilihat cukup tinggi. Sudah tentu pelabur-pelabur emas ‘senyum hingga ke telinga’. Continue reading

Bila nak konvo?!


Setelah penat berhempas pulak hampir 4 tahun, bergelumang dengan pelbagai tugasan dan projek. Invidividu assignment, group project dan 1001 macam presentation paper yang datang. Segalanya menjadi manis apabila kita berada di penghujung semester. Tak sabar rasanya nak menamatkan pengajian.

Baru-baru ni adik ipar aku konvo di PICC, Putrajaya. Seronok bila melihat ramai yang berjaya menamatkan pengajian. Rasa teruja sangat bila melihat mereka meraikan serta merakamkan detik-detik indah yang dilalui itu. Mungkin nak berkongsi, nak tunjuk pada anak cucu suatu hari nanti.

Alhamdulillah, insya Allah aku bakal melalui detik itu nanti. Penatian aku menjelang April ni amat merisaukan. Tekanan demi tekanan yang aku rasakan. Aku rasa amat risau bangat! Ya Allah, permudahkanlah segala urusanku.
Alangkah seronoknya jika aku dapat berkonvo nanti? Apa perancangan aku lepas ni? Nak sambung ke peringkat maste pun seronok jugak. Mungkin aku akan sambung belajar dalam bidang IT pula selepas ini.

Aku serahkan segalanya kepada Ilahi. Moga-moga impianku terlaksana.